Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah tiba di Bangunan Perdana Putra pada 8.07 pagi ini, lapor Bernama.
Dalam ciapan yang sama, PM dijangka menghadiri mesyuarat khas Kabinet.
PM Tan Sri @MuhyiddinYassin melambai petugas media ketika tiba di Bangunan Perdana Putra pada 8.07 pagi ini, dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet
📹 Thivya pic.twitter.com/y2eLc8RNcX
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Terdahulu, kenderaan membawa PM keluar dari kediamannya pada pukul 7.42 pagi tadi di mana pada media dan kenderaan pengiring polis kelihatan berada di perkarangan kediaman beliau.
Perkara ini adalah susulan terdapat laporan beliau akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini berhubung kedudukannya selaku Perdana Menteri.
Sumber: Bernama