Siakap Keli
Gambar via Twitter

Tular Resipi Ayam Goreng ‘Homemade’ Ala-ala Mekdi, Sekali Mcd Sendiri Yang Respon

Siapa je tak suka ayam goreng. Dari kanak-kanak hingga golongan dewasa, ramai yang menggemari menu ini. Rangup di luar, berjus di dalam. Jarang tak menambat selera.

Berikutan pandemik, ramai berjimat dan memilih untuk memasak sendiri di rumah. Pelbagai resepi dikongsikan di media sosial untuk rujukan bersama. Salah satu resipi yang menjadi kegemaran orang ramai ialah resipi ayam goreng ala mekdi.

Caranya, campurkan tepung gandum dengan serbuk cili, tepung goreng serbaguna dan tepung beras. Masukkan air dan ayam serta perapkan. Akhir sekali, goreng dan terhasil lah ayam goreng ala Mekdi buatan sendiri di rumah.

Nampak menyelerakan, perkongsian itu telah meraih perhatian ramai sehingga meraih sehingga lebih tiga ribu perkongsian dari warga Twitter. Pun begitu, melihat kepada salah satu perkongsian, nampaknya McDonalds Malaysia sendiri telah memberikan respon terhadap resipi tersebut.

Tak salah mencuba. Tapi gambar kanan tu memang benar… benar… benar… benar… benarrrrr samaaaa dengan gambar kami. Atau saje nak comparekan dengan yang ori. Walau apa pun,.. kalau tak jadi… McDelivery ada

Sumber: McD Malaysia

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.