Tentera Amerika Syarikat dilaporkan mengawal ketat Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul bagi membolehkan operasi pemindahan keluar warga asing dan warga Afghanistan yang terancam dilaksanakan.
Memetik daripada laporan AFP, buat masa ini kesemua penerbangan komersial ditangguhkan, hanya pesawat pengangkut tentera sahaja dibenarkan beroperasi.
Beberapa rakaman berjaya dirakam di mana orang awam berkerumun di lapangan terbang tersebut untuk keluar dari negara itu termasuklah kaum wanita dan kanak-kanak.
“Saya berasa sangat takut kerana mereka melepaskan banyak tembakan di udara,” kata saksi kejadian.
Jabatan Luar Negeri AS mengatakan bahawa tentera Amerika telah mengamankan kawasan lapangan terbang itu untuk memindahkan para diplomat dan warga negara tersebut yang bekerja di situ.
Kedutaan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan di laman Twitternya melarang orang awan untuk ke lapangan terbang buat masa ini.
Tetapi ribuan rakyat Afghanistan berpusu untuk keluar dari negara tersebut walaupun tidak mempunyai tiket dan visa untuk ke luar negara. Bukan itu sahaja, ada yang sanggup bergadai nyawa mendekati pesawat tentera Amerika Syarikat yang berjalan keluar dari landasan.
“Kami takut tinggal di kota ini dan kami cuba untuk melarikan diri dari Kabul,” cemas seorang saksi yang enggan dikenali memberitahu media.
Bahkan ada yang terpedaya dengan berita palsu yang tular di laman sosial media yang mendakwa sesetengah negara menerima rakyat dari negara tersebut.
Suasana di lapangan terbang itu dilaporkan penuh sesak dengan kebanjiran warga asing dan warga Afghanistan yang mahu meninggalkan negara selepas pihak Taliban berjaya menguasai hampir keseluruhan negara itu, semalam.
Akibatnya, ada yang maut…. 🥲
[JAGA-JAGA, VIDEO NGERI]pic.twitter.com/ib3VOVC15w
— HilalAzmi (@HilalAzmi) August 16, 2021
Sumber: AFP