Siakap Keli

Catat 1 Kes Baharu COVID-19 Dalam Komuniti, PM New Zealand Terus Isytihar “Lockdown”

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan bahawa negaranya itu akan melaksanakan ‘lockdown’ selama tiga hari selepas mengesan satu kes positif COVID-19 dalam komuniti sejak daripada Februari.

Negara itu akan menjalani ‘lockdown’ bermula tengah malam ini selepas mengesan kes berkenaan di Auckland, kata Ardern pada sidang akhbar di Wellington.

Auckland dan yang berdekatan dengan wilayah Coromandel akan dilaksanakan ‘lockdown’ selama 7 hari.

Di bawah tahap amaran tahap 4, semua sekolah, tempat awam dan kebanyakan perniagaan perlu ditutup manakala pekerja pula diminta untuk bekerja dari rumah dan diharuskan memakai pelitup muka sekiranya mereka perlu keluar dari rumah.

“Berusaha keras dan ambil tindakan awal pernah membuahkan hasil sebelum ini,” katanya kepada wartawan. Dia menyatakan para pegawai beranggapan bahawa kes tersebut membabitkan varian delta.

New Zealand sebelum ini berjaya menghentikan virus itu daripada tersebar dalam komuniti. Ekoran daripada itu, ekonominya beransur pulih dengan cepat semasa pandemik.

Sumber: Bloomberg

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.