Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 19,631 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan pada hari ini.
Menurut ciapan di akaun Twitter rasminya, 19,631 kes positif baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,444,270 kes.
Sehingga 17 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,631 kes (1,444,270 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor -5,753 (524,113)
WPKL – 1,765 (157,624)
Johor – 1,309 (113,664)
Sabah – 2,103 (108,933)
Sarawak – 835 (89,407)
Negeri Sembilan – 490 (85,702)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 17, 2021
Negeri Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar kes positif harian COVID-19 dengan mencatatkan sebanyak 5,753 kes baharu pada hari ini.
Sabah mencatatkan pertambahan kes positif baharu yang agak tinggi dengan merekodkan sebanyak 2,103 kes baharu sekali gus berada di kedudukan negeri kedua tertinggi selepas Selangor.
Kedah – 1,863 (72,087)
Pulau Pinang – 1,275 (62,837)
Kelantan – 1,268 (59,611)
Perak – 1,101 (52,621)
Melaka – 623 (41,270)
Pahang – 670 (35,090)
Terengganu – 498 (25,502)
WP Labuan – 0 (9,745)
WP Putrajaya – 41 (4,965)
Perlis – 37 (1,099)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 17, 2021
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga mencatatkan sedikit peningkatan berbanding semalam dengan merekodkan sebanyak 1,765 kes baharu sekali gus merupakan negeri ketiga tertinggi mencatatkan kes positif harian pada hari ini.
Negeri-negeri lain pula terus mencatatkan kes positif harian baharu.
Walaupun begitu, Wilayah Persekutuan Labuan pada hari ini memberikan berita baik apabila tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 baharu.
Sumber: Noor Hisham Abdullah