Siakap Keli
Gambar: KSN & Bernama

Ini 5 Fungsi Dan Peranan Kerajaan ‘Caretaker’ Sehingga Kerajaan Baharu Dibentuk

Umum sedia maklum tentang perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

Sementara kerajaan baru dibentuk, Kerajaan Caretaker diwujudkan untuk mentadbir negara, dengan perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Apa sebenarnya peranan Kerajaan Caretaker ni?

Melalui sebuah kenyataan media, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali menerangkan fungsi dan peranan Kerajaan Caretaker.

Ikuti penjelasan KSN tentang Kerajaan Caretaker di bawah ini.

Apa itu Kerajaan Caretaker dan fungsinya

Merujuk kepada Jabatan Peguam Negara, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan Kerajaan Caretaker.

Berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, Kerajaan Caretaker hanya berfungsi untuk mentadbir negara hingga satu kerajaan baharu dibentuk.

Dalam hal ini, Kerajaan Caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran Kerajaan.

Walaubagainmanapun, Kerajaan Caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan atau dasar yang boleh mengikat atau mengambil tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan Kerajaan yang bakal dibentuk. Melainkan, tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam.

Peranan Kerajaan Caretaker

Bagi maksud itu, Kerajaan Caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan seperti yang berikut:

1. Menjalankan tugasan rasmi rutin termasuk menjalankan kuasa yang diberi di bawah undang-undang nagi memastikan jentera Kerajaan berfungsi.

2. Mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran Kerajaan;

3. Meneruskan perlaksanaan dasar dan program sedia ada yang mana peruntukan kewangan baginya telah disediakan seperti Program Imunisasi Kebangsaan (PICK), Pelan Pemulihan Negara, dan bantuan lain sebelum tarikh Perdana Menteri meletakkan jawatan;

4. Membuat apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji yang mana dasar telah diluluskan oleh Kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan oleh Parlimen seperti Belanjawan tahun semasa;

5. Mengadakan dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program Kerajaan.

Sumber: Ketua Setiausaha Negara

 

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.