Siakap Keli
Gambar via TikTok & Twitter

“Jangan Lupa Makan Ubat Cacing,” Wanita Ini Nyaris Buta, Ada Cacing Hampir Masuk Ke Mata Hitamnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pernah tak masa kecik-kecik dulu mak korang pesan jangan pijak tanah dengan kaki ayam, takut cacing masuk dalam kaki?

Mesti ramai jugak kan yang kena paksa dengan mak suruh makan ubat cacing zaman budak-budak dulu.

Korang tahu tak, sebenarnya bukan kanak-kanak je tau kena makan ubat cacing, yang dewasa pun sama.

Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, Faezatul Atiqah, atau lebih mesra disapa Tah ini tampil berkongsi cerita.

Melalui sebuah hantaran di Twitter, Tah berpesan kepada warga net agar jangan lupa makan ubat cacing, sebaiknya dua kali setahun. Jelasnya, dia hampir buta sebab tak makan ubat cacing.

“Bangun tidur, pandangan aku kabur sangat”

Lanjut bercerita di laman TikToknya, kejadian tersebut terjadi semasa Tah berada di tingkatan empat pada tahun 2015, hingga menginjak ke tingkatan lima.

“Masa hujung 2015 tu, aku pergi satu camp kat tepi pantai.

“Jadi aku banyak main pasir sebab kena buat LDK (latihan dalam kumpulan), buat sandcastle.

“Beberapa hari lepas balik, aku rasa gatal-gatal mata, ingatkan biasa-biasa.

“Sampai satu malam tu klimaks dia, aku tengah tengok tv, pastu aku rasa mata gatal sangat.

“Biasa la kan kalau kita gosok-gosok mata, tapi satu ketika tu aku nampak macam ada bebenang, ingat ke tahi mata.

“Bangun tidur esok tu pandangan aku kabur yang teramat sangat, tapi sebelah mata je.

“Esok tu aku pergi klinik pakar mata, tapi sebab klinik tu tak cukup kelengkapan, aku diberi ubat je.

“Beberapa hari titik ubat tu, gatal memang hilang tapi masih kabur,” cerita Tah.

“Ingatkan power cermin mata naik”

Ingatkan power cermin matanya naik, Tah kemudian pergi ke pusat optometri untuk memeriksa tahap kerabunannya.

“Orang kat kedai cermin mata tu letak power tinggi sangat pun masih kabur, sampai dia cakap mustahil naik power cepat sangat.

“Pandangan yang aku nampak masa tu macam ada bintik-bintik.

“Pergi ke klinik mata kedua atas saranan kawan baba (ayah Tah), doktor cakap mata aku ‘sakit’ tapi dia tak boleh nak bagitahu kenapa, jadi aku kena refer kat hospital besar,” ujarnya.

Penyakit ‘misteri’ terungkap

“Bila jumpa pakar, perkataan mula-mula keluar daripada mulut dia, “worm“.

“Pakar tu tanya bila last aku makan ubat cacing, aku kata last aku makan ubat cacing masa kecik.

“Pastu dia (pakar) cakap, ubat cacing ni kena makan, tak kisah kecik ke besar, setahun dua kali, sebab cacing ni memang akan selalu ada dalam badan kita,” cerita Tah.

Pakar tersebut turut berkata Tah masih bernasib baik cacing tersebut tak kena mata hitamnya, kalau tak ia akan kekal.

Hanya kerana tak makan ubat cacing, Tah akhirnya kena ambil ubat tersebut selama empat bulan supaya cacing dalam badannya betul-betul mati.

Mengakhiri perkongsiannya, Tah berpesan agar orang ramai cakna dengan pengambilan ubat cacing, sebab cacing ni tak kisah korang besar ke kecik. Kalau dia nak masuk, dia masuk je.

@faetahz

Reply to @mrswaffle_ Aku pun igt2 lupa crita dia. 5 years ago kot

♬ original sound – Tah tak suka baby hair – Tah tak suka baby hair

Sumber: TikTok & Twitter Faezatul Atiqah

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.