Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendakwa salah seorang calon Barisan Nasional (BN) sduah memiliki sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam hantaran Facebooknya hari ini, Annuar berkata BN hanya ada 42 kerusi Parlimen, bermakna ia memerlukan lagi 69 kerusi ahli parlimen daripada lain-pain parti untuk mendapat skongan majoriti.
“Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan ahli-ahli parlimen dan wakil parti parti sahabat yang lain, untuk mohon menyokong seorang calon dari BN,” jelasnya.
“Kami amat terharu kerana sejumlah yang lebih dari 69 kerusi diperlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calun dari BN,” dakwanya.
Annuar berkata, beliau telah menghubungi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO untuk satu panduan dan kata sepakat untuk mengambil kira perkembangan terkini serta surat notis Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini.
Annuar sebelum ini menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri ketika sama-sama dalam jemaah Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, semua ahli Parlimen dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat malam ini berhubung calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Istana Negara esok.
Ia sekali lagi mengulangi situasi ketidaktentuan politik yang berlaku pada Februari 2020 yang menyaksikan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak meletak jawatan pada 24 Feb tahun sama.
Sumber: Tan Sri Annuar Musa