Siakap Keli

New Zealand Umum ‘Lock Down’ Selepas Kesan Satu Kes Baharu Varian Delta Covid-19

New Zealand antara negara yang kurang mencatatkan bilangan kes positif Coid-19 dan boleh dikatakan hampir bebas daripada wabak pandemik tersebut.

Terbaru, menerusi laporan CNN, New Zealand sekali lagi mengumumkan perlaksanaan ‘lockdown’ di seluruh negara setelah mencatat satu kes baru di bandar tersebut. Ini merupakan kes Covid-19 pertama tersebar sejak Februari lalu.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern memberitahu media bahawa jangkitan ini adalah daripada penularan varian delta.

Menurut laporan Ketua Kesihatan Ashley Bloomfiled, seorang lelaki berusia 58 tahun yang belum menerima vaksin telah membuat saringan dan didapati positif Covid-19. Lelaki tersebut dipercayai telah melancong ke beberapa tempat tanpa batas.

Justeru itu, negara tersebut akan menjalani tempoh ‘lockdown’ secara ketat selama tiga hari bermula jam 11.59 malam hari ini.

Orang ramai diwajibkan untuk berada di dalam rumah dan semua perniagaan akan ditutup selain daripada perkhidmatan penting seperti pasar raya dan farmasi.

Dikatakan, pesakit tersebut telah melancong ke Auckland dan Semenanjung Coromandel di kawasan Pulau Utara negara tersebut. Tempoh pengurungan ini kemungkinan akan bertambah hingga seminggu.

Tambah Perdana Menteri lagi, negara ini merupakan antara negara yang terakhir menerima varian delta dalam komuniti mereka. Mereka sedang belajar dari pengalaman luar dan tindakan apa yang berhasil untuk mengatasi masalah ini.

Negara ini dipuji ramai kerana tindakan pemimpinnya menangani wabak pandemik Covid-19 ini. Bahkan negara ini melaporkan kurang dari 3,000 kes dan hanya merekodkan 26 kes kematian.

Awal bulan lalu, New Zealand mengumumkan untuk membuka pintu kepada pelancong yang telah divaksinasi dari negara berisiko rendah untuk tahun 2022.

 

Sumber: CNN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.