Cicak merupakan antara haiwan yang menggelikan bagi sebilangan besar manusia. Ramai orang berasa geli bahkan sampai menjerit jika terjumpa haiwan ini. Tidak hanya itu, cicak juga biasanya dianggap sebagai haiwan perosak dan kewujudannya di dalam rumah sangat tidak diinginkan. Namun begitu, lain pula kisahnya bagi seorang lelaki yang berasal dari Singapura apabila dia siap boleh berkawan baik dan bermain dengan cicak.
Kisah menarik ini dikongsikan oleh Sin Han di laman Facebook dan menjadi viral dengan hampir 600 perkongsian. Perkongsian tersebut memaparkan gambar dirinya yang sedang bermain dengan cicak jenis Gecko di dalam rumah. Selalunya, cicak akan melarikan diri ketika terjumpa dengan manusia.
Akan tetapi, haiwan tersebut kelihatan tenang berada di hadapan Sin, bahkan membiarkan Sin menyentuh hujung hidungnya dengan lembut. Sin juga biasanya akan meletakkan tangannya berhampiran dengan cicak dan cicak tersebut naik ke atas tangannya dengan sangat selesa. Menurut Sin, cicak tersebut tinggal di dalam rumahnya dan akan muncul setiap kali lampu bilik dihidupkan.
Permainan tarik tali
Lebih menarik lagi apabila cicak itu sering menggigit gelang getah di mulutnya. Sin menduga bahawa cicak tersebut mungkin lapar atau hanya ingin bermain dengan gelang getah itu. Sin kemudiannya mengadakan permainan tarik tali dengan cicak tersebut dan selalu memenanginya. Pemilik rumah lain di situ turut mengalami kejadian yang serupa apabila mereka mendapati bahawa gelang getah bertebaran di kawasan sekitar rumah mereka. Masih tidak dapat dipastikan mengapa cicak melalukan aktiviti ini tetapi ada pendapat yang mengatakan bahawa tekstur gelang getah tersebut menyerupai makanan yang sering dimakan oleh mereka.
Semua haiwan adalah comel dan penyayang
Pengguna-pengguna Facebook yang lain mempunyai reaksi yang berlawanan dengan perkongsian Sin, namun ada yang menganggap bahawa interaksi antara Sin dengan cicak itu sangat comel bahkan dapat membantu mereka mengurangkan rasa takut terhadap haiwan tersebut.
Bukan hanya cicak, namun Sin beranggapan bahawa semua haiwan adalah comel dan penyayang. Dia mengingat kembali kejadian di mana terdapat seekor kelawar terbang ke dalam rumahnya. Dia menjaga kelawar tersebut dan memberi makan.
Walaupun mempunyai hubungan yang mesra, Sin tidak menganggap cicak sebagai haiwan peliharaan. Sebaliknya, cicak adalah haiwan yang tergolong dalam alam semula jadi dan dia dengan senang hati membiarkan cicak-cicak itu tinggal di bawah bumbung yang sama. Sin turut berharap cicak wujud dengan saiz yang lebih besar.
Sumber: mothership