Sebuah pesawat ketenteraan Russia, Ilyushin Il-112V, dilaporkan terhempas di Moscow, sebentar tadi.
Memetik laporan Aeronews, United Aircraft Corporation (UAC) mengesahkan, insiden tersebut berlaku semasa sesi latihan penerbangan di lapangan Kubinka.
Pesawat tersebut mengangkut tiga orang krew di dalamnya. Namun keadaan kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan.
Setakat ini, punca terjadinya nahas masih dalam siasatan dan maklumat terperinci tentang kejadian ini bakal dihebahkan pihak UAC.
Video tragedi pesawat Il-112V terhempas ini turut tersebar di laman sosial dan mendapat sorotan media.
UAC ketika itu sedang menjalankan ujian terhadap pesawat Il-112V, sebelum pesawat tersebut mengeluarkan api lalu terhempas.
Очевидцы сняли падение в подмосковной Кубинке Ил-112.
На кадрах видно, как у новейшего самолёта горит двигатель.
Видео: соцсети pic.twitter.com/CgDjQYZ5lz
— Новая Газета (@novaya_gazeta) August 17, 2021
Sumber: Aeronews