Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Kenderaan Bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim Antara Dilihat Memasuki Istana Negara Hari Ini

Susulan daripada pengumuman perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin pada semalam, Yang di-Pertuan Agong pada hari ini telah memanggil semua pemimpin politik untuk masuk menghadap di Istana Negara.

Ekoran daripada itu, beberapa kenderaan yang membawa pemimpin politik telah mula kelihatan memasuki perkarangan Istana Negara sejak pukul 1.34 tengah hari tadi.

Antara yang menjadi tumpuan adalah kenderaan yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenderaan yang dinaiki Presiden PKR itu dilaporkan telah  masuk ke Pintu Dua Istana Negara pada 1.59 tengahari tadi.

 

 

 

Selain dari itu, antara kenderaan yang kelihatan dinaiki oleh pemimpin-pemimpin parti politik adalah kenderaan yang dinaiki Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Sumber: Bernama

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.