Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan rampasan kuasa Taliban terhadap pemerintahan Afghanistan, setelah berjaya menawan ibu negara Kabul. Sementara pemerintah dan beberapa rakyat Afghanistan melarikan diri setelah digulingkan kuasa, Taliban pula bersuka-ria di taman tema.
Hari ini, beredar video tentera bersenjata Taliban sedang bermain pelbagai permainan di taman tema, termasuk ‘bumper car‘. Dalam video sama, dapat dilihat tentera Taliban menaiki kuda carousel atau merry-go-round di taman tema tersebut.
Armed Taliban militants appear to ride dodgems and merry-go-round pic.twitter.com/HvuKwbALGM
— The Independent (@Independent) August 17, 2021
Turut beredar video yang dimuatnaik wartawan bebas, Asaad Hanna, yang menunjukkan tentera Taliban sedang berseronok melompat di atas trampolin, dan bermain peralatan gym di istana presiden.
Trying to be “fit for governing”
Taliban in Afghanistan working out in the presidential palace’s gym. pic.twitter.com/s441sb6e35— Asaad Hanna (@AsaadHannaa) August 16, 2021
Afghanistan ditawan tentera Taliban minggu lalu, setelah 20 tahun perperangan. Kini Taliban mempunyai kuasa penuh terhadap Afghanistan setelah Presiden Ashraf Ghani melarikan diri keluar dari negara itu.
Sumber: Yahoo! News