Siakap Keli

(Video) Mudah Je, Cara Nak Elak “Memory” Cepat Penuh Sebab Banyak Gambar Whatsapp, Telefon Lebih Laju

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

WhatsApp menjadi salah satu aplikasi pilihan ramai yang digunakan untuk berkomunikasi serta menjadi medium untuk berkongsikan maklumat.

Seperti yang diketahui, aplikasi itu juga membolehkan orang ramai untuk menghantar gambar dan video kepada kenalan mengikut saiz yang telah ditetapkan.

Pun begitu, lambakan gambar dan video yang dimuat turun dari aplikasi itu sebenarnya boleh memberikan kesan kepada telefon masing-masing. Kebiasaannya, storage atau memory di dalam telefon akan cepat penuh disebabkan oleh media dari aplikasi tersebut.

Dibiarkan sahaja tanpa dipadam, ribuan gambar dan video yang berada di dalam ruang telefon itu mungkin suatu hari nanti akan ‘melumpuhkan’ kelancaran penggunaan peranti itu.

Tetapi korang tidak perlu risau kerana ada cara atau tips yang sangat mudah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan storage atau memory telefon korang cepat penuh. Korang juga boleh tetapkan untuk menyimpan gambar-gambar yang diperlukan sahaja.

Menerusi perkongsian video Afizam Aziz di TikTok, dia berkongsikan mengenai caranya iaitu dengan hanya perlu menekan beberapa butang di settings WhatsApp.

  1. Buka settings WhatsApp
  2. Tekan pada bahagian storage and data
  3. Tekan off pada bahagian media auto-download

Nak tengok lagi jelas dan faham, korang boleh tonton video dekat bawah ini.

@afizamaziz

Korang dah tau ke? #tiktokguru #learnontiktok #tiktokmalaysia

♬ #WIPEITDOWN – BMW KENNY

Di bawah ini pula merupakan cara untuk tetapkan di telefon Android.

@afizamaziz

Reply to @baom3232sikney #fyp #tiktokguru #learnontiktok #tiktokmalaysia

♬ original sound – Afizam Aziz – Afizam Aziz

Sumber: Afizam Aziz

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.