Siakap Keli
Gambar: bomayemma

(Video) Pencuri ‘Makan’ Penumbuk & Dilutut, Tersilap Curi Kereta Petarung UFC

Petarung seni bela diri campuran (MMA) Jordan Williams telah berkongsikan video dari kamera keselamatan (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki sedang mencuba untuk mencuri keretanya.

Atlet UFC yang berusia 30 tahun itu telah berkongsikan video tersebut di akaun Instagram rasminya dan menjelaskan berkenaan insiden itu dalam satu temu bual.

Tampaknya ketika atlet itu berada di dalam kedai berkenaan, orang yang tidak dikenali telah masuk ke dalam keretanya dan cuba untuk membawa lari keretanya itu.

Fighter Amerika Syarikat yang terkenal dalam arena Ultimate Fighting Championship (UFC) itu, telah berlari keluar dari kedai tersebut dan telah mengejar pencuri itu.

Setelah berjaya membuka pintu keretanya, dia telah menggunakan seni bela dirinya untuk mengajar pencuri itu terlebih dahulu sebelum pencuri tersebut melarikan diri.

Williams juga turut menjelaskan tentang mengapa pencuri itu mengambil masa untuk melarikan keretanya.

“Saya mempunyai fungsi push to start dan kereta saya tidak akan boleh dihidupkan melainkan kunci kereta saya berada dalam jarak 5 kaki,” ujarnya.

Seperti yang dinyatakan oleh Williams kepada ESPN, “Saya membuka pintu dan, lucunya, perkara pertama yang saya lakukan adalah melemparkan barang yang saya beli di kedai itu ke tempat duduk penumpang,” kata Williams.

“Dan kemudian saya terus memukul lelaki itu. Setelah pukulan pertama, lelaki itu menyatakan “OK, saya minta maaf, saya minta maaf.” Saya sempat melutut ke arahnya semasa dia kelam-kabut untuk keluar daripada kereta saya.”

Disebabkan pencuri itu mungkin mengenali siapa tuan kereta yang dicurinya itu, pencuri tersebut terus melarikan diri. Williams menyatakan bahawa lelaki itu pasti akan menyesal.

“Kalau boleh saya mahu mengerjakannya dengan lebih selepas berjaya mengeluarkannya daripada kereta saya dan menyelesaikannya dengan beberapa teknik MMA,” tulis Williams di Instagramnya.

“Namun, saya lebih mementingkan untuk menyelamatkan kereta saya.”

Williams dilaporkan mempunyai sembilan kemenangan MMA dan lima kekalahan, dan pertama kali memasuki UFC selepas muncul dalan siri pesaing Dana White.

 

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jordan Williams (@bomayemma)

 

Sumber: Hotcars

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.