Seorang wanita mengundang kemarahan netizen selepas secara tidak sengaja menjatuhkan telur yang diletakkan di atas sebuah motosikal di luar kedai, dipercayai di Indonesia.
Menurut Suara Jatim, rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang membawa stok telur menggunakan motosikal. Sebaik sahaja meletakkan motosikal di hadapan kedai, lelaki itu kemudiannya membawa beberapa papan telur masuk ke dalam premis tersebut.
Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita lalu di sebelah motosikal tersebut dan secara tidak sengaja melanggar kayu yang menampung motosikal dan telur berkenaan. Tindakannya itu membuatkan stok telur di atas kenderaan itu terjatuh bersepah di atas jalan.
Wanita itu kemudiannya masuk ke kedai dan sempat menunduk ketika berselisih dengan pemilik motosikal berkenaan. Pun begitu, ketika orang lain sedang sibuk membantu mengutip semula telur-telur yang terjatuh, wanita itu dilihat keluar daripada kedai dan terus beredar pergi tanpa usaha untuk membantu.
@verariz tetap bersabar untuk bapaknya🙏🙏ini ujian…..
@verariz ini video kelanjutannya yaaa …yg helm putih ibu2 yg nabrak telor….😔😔
Reaksinya itu telah menyebabkan netizen kesal dan marah sekaligus mengecam tindakannya. Ada juga yang mendoakan lelaki tersebut agar murah rezeki dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara itu telah diselesaikan terlebih dahulu ataupun tidak sebelum wanita itu beredar.
Murahkan rezeki bapaknya
Tak ada rasa serba salah
Moga digantikan rezeki yang tak terduga
Sumber: Suara Jatim