Siakap Keli
Gambar: Bernama

Agong, Sultan Perak Zahir Pandangan Kemelut Politik Ganggu-gugat Tadbir Urus Kerajaan Ketika Negara Diancam COVID-19 – Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik utama di Istana Negara, semalam.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Seri Paduka Baginda dan Paduka Seri Sultan Perak telah menzahirkan pandangan bahawa kemelut politik yang berlarutan tanpa titik noktah ini telah mengganggu-gugat tadbir urus Kerajaan ketika negara masih diancam pandemik COVID-19.

Baginda berdua menegaskan bahawa semua kemelut dan kecelaruan politik ini telah memberi kesan negatif yang mendalam kepada ekonomi negara, di samping itu demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat, mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik pada ketika ini.

Dalam pada itu juga, YDP Agong juga akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu semasa pada Jumaat ini, memetik kenyataan Istana Negara.

Sumber: Istana Negara

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.