Siakap Keli
Gambar Via CBC News/Independent

Kucing Jadi Wira, Mengiau Tak Henti-henti Bantu Penyelamat Temui Warga Emas Jatuh Dalam Saliran Sedalam 70 Kaki

Seperti yang diketahui, kucing sememangnya mempunyai peranan yang penting dalam hidup manusia. Bukan sekadar menjadi haiwan peliharaan saja, haiwan comel itu juga menjadi peneman dan bahkan sudah seperti keluarga sendiri.

Jadi, tidak hairanlah ia boleh menjadi penyelamat manusia bila-bila masa dan di mana saja.

Sama seperti yang dilakukan oleh seekor kucing hitam di Bodmin, Cornwall, England ini yang dilaporkan telah membantu mencari seorang wanita warga emas yang terjatuh ke dalam sebuah lubang.

Menurut CBC News, wanita yang berusia 83 tahun itu dilaporkan telah hilang selama lebih dari satu jam, menyebabkan jiran-jirannya telah memanggil pihak polis untuk mencarinya.

Namun, pencarian itu dilihat tidak membuahkan hasil sebelum seorang pejalan kaki mendengar kucing yang dikenali sebagai Piran sedang mengiau dengan sangat kuat dan membuatkan mereka sedar mengenai keberadaan wanita itu.

Para penyelamat mendapati bahawa wanita itu telah terjatuh dalam lubang sedalam 70 kaki. Mereka berjaya membawa naik wanita itu dan dihantar ke hospital dengan menggunakan sebuah helikopter ambulans. Wanita itu dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, ramai yang berada di tempat kejadian mengatakan bahawa suara Piran menjadi ‘kunci’ untuk para penyelamat menemui wanita tersebut.

“Piran menyelamatkan keadaan, wanita itu kini masih menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan yang baik.

“Kami juga berjaya menangkap gambar pahlawan itu sendiri,” kata pegawai polis.

Sumber: CBC News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.