Dapur yang luas dan selesa boleh dikatakan sebagai dapur idaman kebanyakan wanita. Apa tidaknya, kalau dapur dah selesa, baru semangat nak masak kan. Bila ruang dah besar, senang nak susun atur setiap pergerakan ketika memasak. Antara elemen yang menjadi perhatian di dapur adalah meja.
Seperti yang dikongsikan oleh Syahrum Shukri di ruangan Facebook, beliau telah menghasilkan cara-cara untuk membuat bar counter di dapur rumahnya. Nampak menarik, dan pasti akan memudahkan lebih banyak aktiviti terutamanya di dapur. Nak simpan makanan pun senang. Menurutnya, ianya adalah untuk menggantikan bar counter lama yang sudah reput.
Jom kita ikuti cara-cara yang dikongsikan oleh beliau. Boleh la korang buat juga.
Saya nk berkongsi projek DIY saya iaitu buat bar counter baru bagi menggantikan counter yg lama yg dh reput. Asalnya ingat nk order dgn company yg asal buat kitchen cabinet sblm ni tp sbb projek kecil je dan kewangan x berapa cukup so try buat sendiri je lah. Huhu
Counter top solid wood dan laminated board putih saya beli kat lazada. Kayu selebihnya beli kat hardware. Design sendiri ala kg. Janji berfungsi dan kukuh insyaAllah.😊

Bar counter yg lama. Dh reput sbb bukan solid wood. Kena air lama2 reput. Pakai dh masuk 2 tahun.

Rangka buat drpd kayu2 yg beli kat hardware.

Plywood beli kat hardware untuk cover bahagian counter top.

Keadaan yg dh separuh siap. Tunggu nk cat bahagian depan dan sapu wood coating kat counter top.
Selepas cat bahagian plywood

Apply wood coating untuk naikkan seri.

Apply wood coating jenis clear untuk naikkan seri dan bagi tahan lama.

Setelah apply keseluruhan surface dgn wood coating. nampak kemas skit. 😄

Sumber: Syahrum Shukri