Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan mengenai infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen Dewan Rakyat kepada calon Perdana Menteri ke-9.
Penafian tersebut ditegaskan dalam satu kenyataan ringkas di twitter rasmi Parlimen Malaysia malam ini.
“Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan mengenai infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen Dewan Rakyat,” kata kenyataan tersebut.
BACA: “Saya Tidak Berminat Menjadi PM Kali Ketiga, Tetapi…” – Mahathir
Dalam infografik tular itu, terdapat dua jumlah sokongan daripada kedua-dua pihak berkenaan calon pemimpin negara tersebut.
Infografik pertama mendakwa, seramai 114 Ahli Parlimen (MP) telah memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Sokongan seperti yang didakwa adalah terdiri daripada 50 MP Perikatan Nasional, 41 BN, 18 Gabungan Parti Sarawak (GPS), satu Parti Bersatu Sabah dan empat MP bebas.
Manakala infografik kedua mendakwa, sejumlah 92 MP telah memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Sokongan seperti yang didakwa adalah terdiri daripada 42 MP Parti Tindakan Demokratik (DAP), 35 Parti Keadilan Rakyat (PKR), 11 Parti Amanah Negara (Amanah), dua Parti Sarawak Bersatu dan dua MP bebas.
Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat menafikan mengenai Infografik yang tular di media sosial berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen Dewan Rakyat.
18 Ogos 2021
Parlimen Malaysia pic.twitter.com/VVmfQ1Mn3h— Parlimen Malaysia (@MYParlimen) August 18, 2021
Sumber: Twitter Parlimen Malaysia