Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tiada keinginan untuk kembali menjadi pemimpin negara buat kali ketiga.
Bagaimanapun jelasnya, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab membantu negara dalam mendepani wabak.
BACA: Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat Nafi Infografik Berkaitan ‘Jumlah Sokongan’ Ahli Parlimen
“Saya tidak berminat menjadi Perdana Menteri kali ke-3, tetapi bersedia memimpin Majlis Pemulihan Negara bagi menangani pandemik COVID-19,” katanya menerusi siaran langsung hari ini, memetik laporan Bernama.
Dalam pada itu, parti Pejuang di bawah pimpinannya dianggap sebagai ‘Third force’ dan tidak akan bergabung dengan mana-mana parti lain buat masa ini.
Berita penuh menyusul.
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 18, 2021
Sumber: BERNAMA