Sekarang ni kan musim hujan, boleh kata hari-hari hujan turun dengan renyai di luar rumah. Sejuk, tenang dan mendamaikan. Biasanya waktu hujan macam ini lah buat perut kita selalu lapar, betul tak?
Menu paling ‘simple’ buat kita kecur air liur semasa hujan selalunya maggi kari telur mata, ubi rebus cecah kelapa dan banyak lagi. Apa kata kali ni kita cuba ‘pekena’ kerang rebus air asam pulak?
Menu ni sangat mudah. Hanya perlukan kerang dan beberapa bahan ringkas lain. Nak buatnya pun sekejap je. Tapi dia punya rasa tu, sekali dah cicah air asam, masuk dalam mulut, cuaca pulak hujan, fuh..nikmat.
Jom kita cuba resipi kerang rebus air asam seperti yang dikongsikan oleh warga Group Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini, Amanda Tan seperti di bawah. Selamat mencuba!
Resipi kerang rebus cicah air asam

Kerang rebuih cicaq ayaq asam. Dulu-dulu waktu Amoijamu dating dengan suami, selalu layan ni kat Gurney Drive Pulau Pinang. La ni dah jadi orang KL kenalah buat sendiri. Ayaq asam tu kena pekat piaw baru sedap. Ni kita kongsi ya ayaq asam.
Biasanya saya jarang pakai loghat utaqha atas sebab memudahkan pemahaman. Tapi perkongsian malam ini sangat menggamit memori silam masa pacaran dengan suami.
Ayaq asam cicah kerang:-
- 2 sudu teh kecil pes asam jawa (Adabi)
- 7 tangkai cili burung
- 5 biji bawang merah kecil
- 3 sudu kecil gula
- garam secukup rasa
- 3 sudu besar air masak untuk gaul
Cara cuci kerang:-
Berus satu-satu dulu. Biar cangkerang tu bersih dulu. Kemudian, rendam dengan air + segenggam garam + cili kering. Biar 5 ke 10 minit.
Cuci sampai air jernih baru direbus.
Renyah kerja ni juga tapi makan tanpa was-was. Kalau tergigit pasir, teruih hilang selera makan haha.




Sumber: Amanda Tan melalui Masak Apa Tak Jadi Hari Ini