Siakap Keli
Gambar: Bernama

SU UMNO Sahkan Zahid Hamidi Tolak Untuk Dicalonkan Sebagai PM, Tok Mat Pula Tak Menepati Kriteria

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengesahkan bahawa Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menolak untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Perkara tersebut telah disahkan menerusi ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter Bernama TV sebentar tadi.

Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Maslan juga turut mengesahkan bahawa Timbalan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan tidak dicalonkan kerana tidak menepati kriteria sebagai Ahli Parlimen.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat merupakan ADUN Rantau, Negeri Sembilan dan tidak memegang mana-mana kerusi di peringkat Parlimen.

Sumber: Bernama TV

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.