Bila sebut je nasi kerabu mesti ingat satu negeri ni, Kelantan. Susah nak dapat nasi kerabu betul-betul ori kalau bukan kat negeri Pantai Timur ni.
Macam nasi-nasi berlauk lain, selalunya kita makan dengan satu lauk je kan. Tapi nasi kerabu ni makan dengan lauk apa-apa pun ngam. Siap ada yang campur-campur lauk lagi dalam nasi kerabu dia.
Selalu kita nampak dekat gerai-gerai nasi kerabu, mesti ada telur masin, solok lada, ayam, daging bakar, tak lupa jugak lauk signature ikan celup tepung.
Kat bandar-bandar besar macam Kuala Lumpur atau sekitar Lembah Klang, kalau nak beli nasi kerabu lauk macam-macam ni mesti pikir banyak kali. Ambik dua tiga lauk pun boleh pergi sampai berbelas ringgit.
Tapi lain pulak dengan gerai nasi kerabu ni. Ambil enam lauk baru RM9.90!
Video nasi kerabu enam lauk harga bawah RM10 yang diunggah pengguna TikTok @ajimo ini tular hingga mendapat satu juta tontonan dalam masa beberapa jam je.
@ajimo Nasi kerabu 6 lauk, harga bawah Rm10😳 #MyFoodie #FoodReview
Enam lauk yang lelaki ni pilih untuk nasi kerabu dia termasuk ayam bakar madu, daging bakar, ikan celup tepung, solok lada, telur masin dan bawang putih jeruk. Semua ni bawah RM10!
Video ini turut dimuatnaik seorang pengguna Twitter @seposenYS dengan caption,
“The reason why aku suka Kelantan. Lauk macam ni RM9.90.”
The reason why aku suka kelantan. Lauk macam ni rm9.90. Kalau terengganu ni dah lebih rm10 😭😭 pic.twitter.com/bozolipeX2
— SEPOSEN (@seposenYS) August 18, 2021
Dalam sebuah video berbeza, @ajimo turut kongsi lokasi gerai tersebut iaitu Kak Zah Nasi Kerabu yang terletak di Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.
Ha warga Kota Bharu, tunggu apa lagi?
Sumber: TikTok @ajimo