Biarpun sudah bertahun memandu, sentiasa ada sahaja ilmu baharu berkenaan kereta. Mungkin ada yang belum tahu, sebenarnya ada beberapa ciri pada kenderaan yang boleh diselaraskan selain kelajuan wiper dan kusyen kereta.
Mungkin ada yang tidak sedar, ada lagi fitur yang boleh diselaraskan supaya pemanduan menjadi lebih selesa dan selamat. Namun, ciri ini sangatlah jarang diselaraskan sekiranya pemandu yang menggunakan kereta itu adalah orang yang sama.
Berikut adalah empat ciri dalam kenderaan anda yang boleh diselaraskan dikongsikan @adrianchiaaa iaitu:
- Ketinggian stereng
- Ketinggian tali pinggang keledar
- Lampu kenderaan
- Kecerahan papan pemuka meter
Bagi mengetahui cara-cara untuk menyelaras ciri di atas untuk pemanduan yang lebih selesa, tonton videonya di bawah.
@adrianchiaaa Apa fitur lain yg blh adjust? Mohon share di komen! #cartips #learnontiktok #fypmalaysia #TikTokGuru
Pun begitu, sebahagian ciri ini mungkin berbeza mengikut kenderaan.
Sumber: @adrianchiaaa