Siakap Keli
Gambar Via Google

(Video) Notifikasi Shopee Masuk Tak Berhenti? Ini Caranya Nak Tutup Bagi Yang Belum Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Shopee sememangnya menjadi salah satu platform popular yang sering ‘dikunjungi’ oleh orang ramai untuk membeli pelbagai barangan.

Taip saja apa yang diinginkan seperti peralatan dapur, makanan, alat-alat elektronik, dan pakaian, semuanya akan sentiasa tersedia. Mungkin harganya juga akan lebih murah berbanding ketika dibeli di kedai-kedai fizikal.

Bagaimanapun, SK bukan nak bercakap pasal barang-barang itu tetapi mengenai aplikasi Shopee.

Tak perlu dinafikan lagi, setiap orang pasti akan memuat turun aplikasi tersebut di dalam telefon masing-masing untuk memudahkan transaksi pembelian.

Salah satu masalah yang sering dihadapi apabila memuat turun sebarang aplikasi di dalam telefon adalah notification yang banyak.

Aplikasi Shopee pula bukan setakat pemberitahuan, tetapi mengeluarkan bunyi tanda notifikasi baru masuk. Bayangkan duduk seorang diri di rumah dan dalam keadaan senyap sunyi, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi ‘Shopeeeee’, boleh terperanjat juga kadang-kadang.

Mungkin ramai yang belum tahu, ada caranya untuk menutup bunyi tersebut dan hidup korang mungkin akan lebih tenteram selepas ini. Cara untuk menutup bunyi ini sebenarnya disediakan oleh pihak Shopee sendiri di bahagian Tetapan.

Hakim Yusoff ada berkongsikan cara untuk menutup bunyi itu atau menukarkan bunyi yang lain. Mudah saja, korang boleh ikuti caranya seperti di bawah ini:

  1. Pergi ke settings dalam Shopee
  2. Tekan pada bahagian Notification Settings
  3. Tekan Push Notification
  4. Tekan Notification Sound dan tekan off
  5. Tekan pada Ringtone untuk tukar bunyi

Kalau korang nak faham dan tengok lebih jelas, korang boleh tonton video Hakim di bawah ini.

@hakim.yusoff

siapa dah rimas bunyi ni?

♬ Figurinha – Ao Vivo – Douglas & Vinicius

Sumber: Hakim Yusoff

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.