Satu rakaman terbaru memaparkan seakan-akan ‘piring terbang’ sedang bergerak di atas permukaan air membuatkan ramai yang kelirunya dengannya. Video yang dirakam dari sebuah bot dari Glacier Bay itu kemudiannya dimuatnaik ke Facebook Glacier Bay National Park and Preserve.
Walaupun ia tampak seakan ‘piring terbang’ terapung di atas air, rupanya ‘misteri’ tersebut adalah sebuah pulau di Alaska yang membuatkan warga maya terpana.
Memetik Daily Mail, pulau itu kelihatan terapung seperti piring terbang disebabkan pencahayaan. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ilusi optik yang ‘menipu’ pandangan kasar terutamanya dari jarak yang agak jauh.
Dipercayai, fenomena itu merupakan fatamorgana yang muncul pada garisan horizon Bumi.
“Pernah lihat fatamorgana ini ketika di Glacier Bay? Pulau-pulau di Glacier Bay kelihatan seakan ‘piring terbang’ dengan sedikit imaginasi dan sains,” tulis seorang staf ketika memuatnaik video tersebut.
Tonton videonya di bawah.
Sumber: Daily Mail