Siakap Keli
Kredit: Tiktok @Jovelynfamily

(Video) Sederhana Tapi Bahagia, Suami Setia Hantar & Jemput Isteri Kerja Selama 26 Tahun Tanpa Mengeluh

Pada Ahad lalu, tular sebuah video yang memaparkan kisah romantik pasangan suami isteri dengan jumlah tontonan sehingga 3.1 juta. Rakaman tersebut dimuat naik menerusi akaun Tiktok @jovelynfamily oleh pemiliknya yang dikenali sebagai Inne.

Inne yang berasal daripada Purbalingga, Jawa Tenggah itu menyingkap kisah di sebalik video tersebut. Menurutnya, pasangan suami isteri itu terlihat sangat romantik kerana si suami tidak pernah jemu menghantar si isteri pergi bekerja dengan menaiki basikal.

Tambah Inne, sang isteri atau lebih dikenali sebagai Mulyani merupakan seorang pekerja di pasaraya miliknya dan sudah berkhidmat selama 28 tahun. Mereka sudah 26 tahun berumah tangga dan Mulyani sering dihantar dan diambil oleh suami ketika bekerja.

Inne mengakui bahawa hatinya tersentuh setiap kali menyaksikan kebersamaan pasangan suami isteri tersebut. “Setiap hari (Mulyani) dihantar dan diambil oleh suami, hati saya berasa tenang, banyak mengajar saya supaya bersyukur”, ujarnya kepada Tribunnews.com pada hari Rabu (18/8/2021).

Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh Mulyani, Trimo merupakan seorang suami yang baik. Ketika Mulyani jatuh sakit, dia dengan sabar mengurus semua keperluan isterinya itu. “Kak Mulyani kata, dia sangat bersyukur kerana Trimo seorang suami yang sangat baik dan sayangkan dia. Kak Mulyani pernah mengalami patah kaki selama tiga hingga empat bulan, dan pada masa itu semua keperluannya diuruskan oleh sang suami”, tambah Inne.

Inne turut memberitahu bahawa Mulyani seorang yang penyabar. “Kak Mulyani sangat penyabar dan bersikap keibuan. Semasa di kedai pun dia sangat baik dan melindungi yang muda-muda”.

Berhubung dengan kiriman video yang menjadi viral, Inne berasa gembira kerana kisah Mulyani dan Trimo menjadi perhatian ramai orang. Kisah suami isteri tersebut boleh menjadi pengajaran agar selalu bersyukur. “Saya turut gembira sekiranya kesederhanaan dan ketulusan cinta mereka telah menyentuh hati ramai orang. Ia mengingatkan kita supaya bersyukur dan kebahagiaan itu adalah sederhana”.

Setelah video tersebut menjadi viral, Inne sempat mengusik Mulyani dengan mengatakan “Wah, Kak Mul viral ni”. Mulyani kemudiannya menzahirkan rasa gembira dengan tularnya video tersebut. “Kak Mulyani ketawa dan dia kata ramai beritahu padanya mengenai perkara tersebut sehingga anak kecil di daerah rumahnya pun turut memberitahu.

@jovelynfamily

Kisah Cinta Sejati Karyawan Kami ❤️ #fypシ゚viral#foryou#masukberanda

♬ original sound – Jaki Misbah – j e k

Reaksi Netizen 

Berikut merupakan sejumlah komen oleh warga netizen di akaun Tiktok video tersebut,

“Bos tegur kita dulu dengan ramah pun dah rasa gembira.”

“Panjang umur untuk orang yang prihatin sesama lain.”

“Bahagia itu apabila melihat pekerja yang dianggap seperti keluarga sendiri.”

“Saya tengok wajah mereka bahagia dan bersyukur dengan apa adanya.”

“Bahagia dalam kemewahan itu biasa, bahagia dalam kesederhanaan itu baru luar biasa.”

Sumber: Tribunnews.com

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.