Sering tular di media sosial sebelum ini, Nurul Airawani Nazira atau lebih dikenali sebagai Wani Comel dilaporkan telah meninggal dunia pada malam semalam.
Menerusi entri terbaru Instagram miliknya yang dimuatnaik oleh keluarga terdekat, Wani dikatakan telah meninggal dunia pada hari yang sama dengan rakan baiknya, Nur Rabiatul Nabihah.
Difahamkan, mereka berdua telah disahkan positif COVID-19.
“Sayu hati saya dua insan yang saya sayangi telah pergi di hari yang sama.
“Saya mohon pada semua rakan-rakan sedekahkan Al Fatihah untuk Wani Comel dan Putri Nur Rabiatul Nabihah,”
Salam takziah untuk ahli keluarga Wani Comel dan Rabiatul Nabihah, semoga kedua-duanya ditempatkan bersama para syuhada.
View this post on Instagram
Sumber: Wanicomel20