Siakap Keli
Gambar via Bernama

“Banyak Tempat Dibuka Sebab Ekonomi, Bukan Sebab Ia Selamat” – DG Hisham

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi, bagi individu lengkap vaksin.

Dalam kenyataan tersebut, sektor sosial dan ekonomi di negeri-negeri dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) turut diperluas. Sebelumnya, 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 PPN telah dibuka sejak 16 Ogos lalu.

Dengan pelbagai kemudahan untuk kedua-dua sektor ini, secara tidak langsung kebanyakan tempat kunjungan awam seperti restoran dan pusat rekreasi  turut dibuka.

Oleh itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berpesan kepada orang awam agar sentiasa beringat.

“Peringatan untuk semua, kebanyakan tempat dibuka kerana ekonomi, bukan sebab ianya selamat.

“Sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung, pakai dua pelitup jika perlu, amalkan penjarakan sosial dan basuh tangan dengan kerap.

“Elakkan tempat sesak dan kawasan sempit,” tulis DG Hisham di hantaran Twitternya.

Di akhir hantaran, DG Hisham turut berpesan kepada orang ramai agar kekal selamat dan dapatkan suntikan vaksin secepat yang mungkin.

Sumber: DG Hisham

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.