Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkongsikan mengenai kesan sekiranya ahli yang sebelum ini membuat permohonan pengeluaran i-Citra untuk membuat pembatalan.
Bagi anda yang berniat untuk membuat pembatalan i-Citra selepas membuat permohonan, anda boleh berbuat demikian di laman rasmi i-Citra di sini.
Caranya, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang digunakan semasa melakukan permohonan.
Namun begitu, terdapat beberapa kesan yang perlu anda ketahui sekiranya membuat pembatalan pengeluaran i-Citra seperti berikut:
- Tiada lagi permohonan semula atau permohonan baharu
- Pembayaran seterusnya tidak dibuat sekiranya diluluskan
Anda juga boleh menyemak status permohonan atau membuat permohonan baru sehingga 30 September ini.
Bagi anda yang ingin membuat pembatalan pengeluaran i-Citra, anda boleh lakukannya di Portal i-Citra Online: https://t.co/J4hVwzHQ4H#kwspicitra #kwspahli #kwspinfo pic.twitter.com/KL6JtmEZcM
— KWSPMalaysia (@KWSPMalaysia) August 18, 2021
Sumber: KWSP