Mesti ramai yang ingat masa zaman sekolah dulu, akan ada nurse dan doktor datang ke sekolah untuk periksa gigi. Menggamit memori betul bila ingat sesi gosok gigi beramai-ramai tepi longkang sekolah.
Penjagaan gigi dan mulut ni bukan untuk budak-budak sekolah je tau. Tapi yang dah dewasa pun kena peka dan rajin-rajin periksa gigi sekurang-kurangnya sekali setahun.
Bila dah dewasa, selagi tak sakit gigi maka ramailah yang mengabaikan pemeriksaan rutin ini. Pemeriksaan gigi ni bukan sekadar untuk cegah penyakit je tau, tapi ada sebab lain jugak.
Rekod pergigian sebenarnya sangat penting dalam Siasatan Forensik sekiranya diperlukan. Jadi, selain dapat elak sakit gigi, pemeriksaan setahun sekali ni jugak boleh membantu siasatan pihak berkuasa kalau ada apa-apa berlaku.
Sumber: KKM