Siakap Keli

Gara-Gara Terkesan Pandemik Hingga Dihina ‘Body Shaming’, Wanita Kongsi Rahsia Kejayaan & Resepi Detox Turun 15kg

Tak semua orang yang mahu memulakan perniagaan boleh terus berjaya. Untuk memulakan perniagaan, ilmu serta pengalaman perlulah mencukupi.

Jika tidak ada ilmu serta pengalaman, sukar untuk perniagaan yang diusahakan itu hendak betul-betul berjaya.

Namun begitu, semua itu tidak bermakna sekiranya minat dalam perniagaan tidak ada. Seperti seorang wanita yang bernama Nurul Azimah Binti Mohamad Noor atau lebih mesra disapa dengan nama Cikngah ini, minatnya dalam dunia perniagaan telah timbul sejak dari tahun 2015 lagi.

Pada ketika itu, dia bermula dengan membantu keluarga berniaga menjual nasi lemak daun pisang dan nasi ambeng di pasar sahaja.

Namun begitu, dia tidak hanya mengharapkan kepada perniagaan nasi lemak dan nasi ambeng sahaja. Anak jati Sabak Bernam, Selangor itu juga turut rajin mencari peluang dengan menjual produk kesihatan dan kecantikannya di waktu lapang.

Hilang punca pendapatan disebabkan pandemik

Setiap perniagaan pastinya ada turun naik bukan? Wanita yang berusia 37 tahun itu juga turut tidak terkecuali dengan kesan daripada wabak pandemik yang telah menyebabkan perniagaan nasi lemaknya terpaksa dihentikan.

Oleh kerana itu, mata pencarian utamanya iaitu menjual nasi lemak tidak lagi boleh beroperasi. Dan ianya telah menyebabkan punca pendapatannya terjejas.

“Semasa pandemik ni, pasar pagi tak boleh nak buka, terpaksa tutup dan cuti. Cikngah tiada pilihan lain nak bantu keluarga,” ujarnya.

Mula dengan jual produk orang secara online, kini bergelar jutawan

Demi kelangsungan hidup bagi membantu keluarganya, ibu kepada tiga cahaya mata ini telah berikhtiar mencari alternatif lain untuk mula berniaga secara online dengan menjual produk orang pada ketika itu.

“Cikngah pulun menjual online iaitu bermula dengan produk orang ketika itu,” katanya.

Hasil daripada dorongan dan sokongan daripada keluarga terutamanya oleh suami dan ibunya sendiri, beliau kini berjaya mengeluarkan produk jenamanya sendiri iaitu Mrsz Lulul.

Idea untuk mengusahakan produknya itu mula timbul selepas dia memilih produk air detox bagi menangani masalah berat badan dan sembelitnya.

Namun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat lari daripada kutukan dan kecaman orang ramai semasa beliau membuat live untuk mempromosikan produknya itu. Manakan tidak, dengan berat badan yang melampau pada ketika itu, siapa sahaja yang akan mempercayai bahawa produknya itu boleh membantu menurunkan berat badan.

“Ketika berat melampau memang kena kutuk jelah ketika buat live tu,” katanya.

Kutukan dan hinaan yang diterima tak berjaya patahkan semangatnya

Walaupun sedemikian, kutukan dan hinaan itu tidak berjaya mematahkan semangatnya. Ianya terbukti selepas dia mengamalkan sendiri Mrsz Lulul itu, beliau berjaya mendapatkan bentuk badan yang diinginkannya.

Selepas kerap mengamalkan air detox tersebut, tanpa disangka Cikngah mendapati bahawa berat badannya mengalami penurunan. Mungkin orang lain selesa dengan cara masing-masing, namun resepi alternatif ini boleh dicuba untuk proses perjalanan penurunan lebih efektif.

  1. Buah lemon (buang biji)
  2. Buah oren (buang biji)
  3. Serai (ketuk)
  4. Halia
  5. Mrsz Lulul

Oleh kerana beliau merupakan testimoni yang pertama, penjualan Mrsz Lulul ini amat memberangsangkan kerana ramai yang berhajat untuk mengikut langkahnya telah mencuba produknya itu.

Suri rumah yang ingin ubah kehidupan dialu-alukan untuk join pasukannya

Beliau juga turut mahu berkongsi rezeki kepada suri rumah yang ingin berjaya dan yang mahu mengubah kehidupan masing-masing supaya menyertai pasukannya untuk bersama-sama menjana pendapatan melalui produk Mrsz Lulul ini.

Jika Cikngah mampu mengubah kehidupannya dan kini bergelar jutawan, anda juga pasti boleh melakukannya.

Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, boleh kunjungi Facebook Mrsz Lulul dengan hanya klik di SINI

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.