Laluan di sebuah taman rekreasi di Singapura dikatakan paling selamat digunakan kerana kerajaan Singapura telah menetapkan peraturan yang ketat oleh penunggang basikal untuk lebih berdisiplin ketika melakukan aktiviti di kawasan pejalan kaki.
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Road Singapura menunjukkan salah seorang penunggang basikal dikenakan denda had kelajuan (speedtrap) ketika melakukan aktiviti di kawasan Park Connectors Network.

Difahamkan, para penunggang basikal mempunyai had kelajuan yang telah ditetapkan oleh pihak Penguatkuasa Mobiliti Aktif (AMEO). Pihak berkuasa akan sentiasa memantau dan memberi kompaun kepada pengguna yang menunggang basikal terlebih had kelajuan yang ditetapkan.
Di bawah merupakan infografik had kelajuan untuk para penunggang basikal di kawasan berkenaan.
Peraturan had kelajuan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2019 lagi. Tujuannya supaya pejalan kaki dan pengguna yang lain lebih selamat dan mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Hal ini, bukan hanya tertakluk kepada penunggang basikal sahaja malah untuk pemandu kenderaan lain.
Sumber: Road Sg