Siakap Keli

Remy Ishak Umum Bakal Langsungkan Perkahwinan Sabtu Ini

Siapa je tak kenal hero Malaya, Remy Ishak, pelakon yang dah sekian lama menjadi igauan gadis-gadis di Malaysia.

Hari ini, Remy dalam satu sesi temubual secara eksklusif mengumumkan bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini.

Bila ditanya apa ciri-ciri wanita yang bakal dinikahinya, Remy sekadar menjawab,

“Dia orang yang istimewa.

“Benda bagus-bagus ni biarlah saya sorang je yang simpan, sebab kalau cerita dengan orang nanti kena ‘curi’.”

Pelakon kacak ini pernah mengikat tali pertunangan dengan Ezza Yusof sebelum terputus di tengah jalan, kira-kira dua tahun lalu.

Memetik laporan Kosmo, Remy terakhir kali dilihat mesra bersama bekas tunangnya di sebuah restoran semasa meraikan hari jadi wanita tersebut Mac lalu.

Menurut Remy, dia sepatutnya mengikat ikatan perkahwinan dengan pilihan hatinya Mei tahun ini. Tapi disebabkan keadaan yang tak mengizinkan kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Remy terpaksa menangguhkan perkahwinannya.

Walaupun tak banyak buka mulut tentang hari bahagia yang bakal berlangsung, marilah kita doa yang baik-baik untuk Remy dan pasangan.

Semoga berbahagia Remy Ishak!

Sumber: Gempak TV, Kosmo

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.