Mutiara Damansara adalah satu bandar yang tak asing lagi tambahan pula bagi penduduk sekitar Lembah Klang. Bandar yang terletak di bahagian utara Petaling Jaya ni sangat sibuk dengan adanya pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
Di telinga kita rakyat Malaysia ni, mungkin Mutiara Damansara tu hanya nama bandar. Tapi korang tahu tak, nama Mutiara Damansara ni pernah sampai ke Perancis tau.
Sebuah band bergenre Metal dari Perancis mengambil nama Mutiara Damansara sebagai nama kumpulan mereka.
Menurut hantaran di Facebook band tersebut, mereka tahu yang Mutiara Damansara adalah nama bandar. Tapi sebab rasa bunyinya sedap, jadi mereka tak kisah namakan band mereka sebagai Mutiara Damansara.
Malah band ini turut menamakan EP kedua mereka sebagai ‘Pearls‘, mengambil terjemahan perkataan mutiara.
Band Mutiara Damansara terdiri dari tiga orang ahli iaitu Charlize Ann Myers sebagai vokalis dan gitaris, Cyanure sebagai gitaris, dan Ulysse Kernec sebagai bassist.
Sepanjang karier mereka dari tahun 2010, band Mutiara Damansara telah merakam empat buah EP dan satu album sehingga mereka berpecah pada tahun 2016.
Kerana band ni dah dibubarkan, jangan harap la akan ada Konsert Live Mutiara Damansara di Mutiara Damansara.
Sumber: Facebook Mutiara Damansara