Situasi terkini di Istana Negara, sebuah bas dan lebih 10 kenderaan membawa Ahli Parlimen UMNO dilihat telah memasuki pintu 2, Istana Negara pada 10.38 pagi ini.
Sementara itu, bas membawa Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga dilihat sudah memasuki Istana Negara pada jam 10.44 pagi, lapor Bernama menerusi ciapan ringkas.
Difahamkan, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini selepas menyerahkan akuan bersumpah kepada Istana Negara bagi menamakan calon jawatan Perdana Menteri semalam.
Bas membawa Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 10.44 pagi ini.
📸: Muammar pic.twitter.com/xrp2UGKo35
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 19, 2021
Sumber: Bernama