Siakap Keli

TERKINI: Ahli Parlimen BN, PN Dan GPS Dijadual Menghadap Yang Di-Pertuan Agong Hari Ini

Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis (19 Ogos 2021).

Memetik daripada laporan Astro Awani, turut dijangka hadir adalah Ahli Parlimen Bebas.

Sumber melaporkan bahawa BN hanya menamakan Ahli parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Kesembilan bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pada Rabu, semua 220 Ahli Parlimen telah menyerahkan akaun bersumpah kepada Istana Negara bagi menamakan calon yang mereka sokong untuk jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan, Pejuang, Warisan, UPKO, PSB dan dua Ahli Parlimen bebas dikatakan telah menamakan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

 

Sumber: Astro Awani

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.