Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan - basicplanet.com

TERKINI: Aktiviti Berkelah & Berkhemah Dibenarkan Di Negeri PPN Fasa 1 Bagi Individu Lengkap Vaksin

(DIKEMAS KINI) Aktiviti perkelahan dan perkhemahan dibenarkan untuk individu yang lengkap dos suntikan vaksin covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), bermula esok (Jumaat).

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran tersebut adalah termasuk dalam beberapa kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap seperti yang diputuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Khamis.

”Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya.

BACA: Aktiviti ‘Dine-In’ Dibenarkan Di Negeri Fasa 1 Bermula Esok

Selain itu, aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) juga dibenarkan bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya serta terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

”Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik.

”Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam,” katanya.

Namun begitu, operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

BACA: Kenyataan Penuh Kemudahan Tambahan Dalam Beberapa Sektor Yang Diumumkan Muhyiddin

Menurutnya, antara aktiviti dibenarkan juga termasuklah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan contohnya Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac, individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan, contohnya Johnson & Johnson dan CanSino, individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Sumber: FB Muhyiddin Yassin

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.