Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: Aktiviti Sukan, Rekreasi & Riadah Tanpa Sentuhan Fizikal Dibenarkan Bagi Negeri Fasa 1 PPN

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan tambahan sekotor sosial dan ekonomi bagi individu lengkap dua dos vaksin bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam kenyataan tersebut, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) membenarkan aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) bagi negeri-negeri Fasa 1 PPN dan seterusnya. Kemudahan ini hanya terpakai di dalam daerah yang sama sahaja.

Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Namun, operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.