Persoalan berkenaan siapakah yang mempunyai majoriti sokongan bagi membolehkan diri dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya pastinya menjadi isu yang hangat dan buah mulut buat seluruh rakyat Malaysia susulan daripada perletakan jawatan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari.
Antara dua nama pemimpin yang menjadi perbualan ramai sudah pastinya adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Jumlah sokongan daripada ahli Parlimen terhadap kedua-dua pemimpin ini masih lagi kekal menjadi tanda tanya.
Namun begitu, dalam muat naik terbaru akaun Twitter Bernama TV, Parti Pejuang, Warisan, UPKO dan Muda pada hari ini dilaporkan memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.
Difahamkan juga bahawa parti-parti tersebut telah pun menghantar surat Akuan (SD) mereka kepada Istana Negara.
Parti Pejuang, Warisan, UPKO dan Muda menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri dan telah menghantar surat Akuan mereka kepada Istana Negara — Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau pic.twitter.com/a9p9RlsoVO
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) August 19, 2021
Jadi, siapakah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya? Sama-sama kita nantikan.
Sumber: Bernama TV