Siakap Keli

TERKINI: Pasar Malam Dan Pasar Minggu Dibenarkan Di Negeri Fasa 1 Untuk Penerima Lengkap 2 Dos Vaksin

Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memberi peluang kepada peniaga pasar malam dan pasar minggu di bawah negeri Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 beroperasi seperti biasa dan berkuatkuasa pada Jumaat, 20 Ogos 2021.

Sidang Khas yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menegaskan kepada pihak penguatkuasa yang berkenaan serta pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

Selain itu, perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh MKN dalam waktu yang terdekat.

Tegasnya lagi dalam mesyuarat tersebut, setiap kementerian dan agensi yang memantau kemudahan-kemudahan tersebut, termasuk pemilik premis, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaksanaan kemudahan yang diberikan bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan dan mengelakkan mudarat.

Jika berlakunya jangkitan di premis yang menikmati kemudahan-kemudahan ini, KKM terutamanya akan segera mengambil langkah sewajarnya termasuk melakukan penilaian semula risiko serta tidak menolak kemungkinan menutup serta-merta premis atau kawasan yang terlibat selain mengeluarkan kompaun kepada pihak yang dikenalpasti melanggar SOP, jelasnya lagi dalam satu kenyataan.

 

Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.