Siakap Keli

Tiga Kenderaan Dipercayai Milik PDRM Masuk Ke Kawasan Kediaman Ustaz Ebit Lew Petang Tadi

Tiga buah kenderaan dipercayai milik anggota polis masuk ke kawasan kediaman pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sekitar jam 4.15 petang hari ini.

Memetik daripada laporan Sinar Harian, kelihatan sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda yang berwarna hitam yang mempunyai logo kebajikan pendakwah tersebut turut memasuki kawasan kediaman tersebut.

Difahamkan, kunjungan anggota polis tersebut berhubung siasatan kes gangguan seksual yang masih lagi dalam peringkat siasatan awal.

Bagaimanapun, laporan mengatakan kenderaan polis keluar dari kawasan perumahan tersebut sekitar jam 5.13 petang.

Terdahulu, Ebit Lew dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebagai saksi untuk membantu siasatan kes gangguan seksual seperti yang dilaporkan sejak semalam.

Sementara itu Datuk Hasnul Rezua Merican selaku peguamnya berkata setakat ini, pihak polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk rujukan siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun sehingga hari ini pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes tersebut.

 

Sumber: Sinar Harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.