Siakap Keli
Kredit: BeritaHits.Id

(Video)“Bahagia Itu Sederhana,” Ayah Rakam Setiap Detik Indah Hantar Anak Nikah Buat Warganet Terharu

Seorang ayah mungkin tidak selembut ibu tetapi kasih sayang mereka terhadap anak tidak pernah berkurang. Walaupun ayah kadang kala kelihatan tegas, namun jauh di sudut hati, mereka ingin sentiasa dekat dengan anak-anak.

Seperti yang berlaku dalam sebuah video yang dikongsikan menerusi akaun Tiktok @mantamumas, terlihat seorang ayah sedang merakam suasana rombongan pernikahan anaknya dengan menggunakan telefon bimbit jenis lama.  Lelaki itu kelihatan sibuk mengarahkan kamera telefon bimbit ke setiap arah bagi memastikan dia tidak terlepas moment bahagia tersebut. Perbuatan sang ayah yang cuba mengabadikan detik-detik bahagia anaknya itu telah membuatkan sebilangan besar netizen berasa terharu.

@mantamumas

♬ original sound – Uya Kuya – Uya Kuya

Dalam video tersebut, tampak jelas beliau memakai kemeja berwarna oren dan memakai lebai. Kelihatan juga beberapa buah kereta yang membawa barang-barang hantaran. Kesungguhan beliau merakam setiap moment rombongan pernikahan anaknya itu seolah tidak mahu ketinggalan sama sekali.

Terdapat sejumlah netizen yang menzahirkan rasa hiba dan turut berkongsi cerita di mana ayah mereka juga gemar merakam detik-detik bahagia.

“Sama seperti ayah saya, masa hari konvokesyen beliau rakam guna telefon padahal saya dah sewa fotographer untuk mengabadikan setiap moment”

“Aku terharu sampai menangis”

“Aduh jadi sedih, ayah kamu ayah terbaik”

Sumber: BeritaHits.Id 

Hanis Lyana

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.