Sebuah video menerusi akaun Facebook South China Morning Post memaparkan kisah tragedi seorang wanita yang hampir mengalami kecederaan teruk apabila tempat penyimpanan kayu api roboh berhampiran dengannya. Tragedi tidak terduga itu berlaku semasa wanita itu sedang membasuh pinggan mangkuk di bawah tempat penyimpanan kayu api tersebut.
Video yang berdurasi selama 1:28 saat itu turut memperlihatkan seorang gadis dipercayai anaknya sempat menyaksikan kejadian tersebut secara langsung lalu menjerit kepada ibunya supaya berhati-hati. Tanpa berfikir panjang, gadis tersebut bergegas lari kepada sang ibu lalu menarik ibunya keluar daripada timbunan kayu api itu.
Wanita yang berasal dari China itu bernasib baik apabila kayu-kayu api yang jatuh tidak menghempap dirinya, sebaliknya hanya memerangkap kakinya. Kaki wanita tersebut hanya mengalami calar-calar kecil.
Reaksi sang anak yang bergegas membantu ibunya telah membuat ramai netizen yang menonton video itu kagum. Mereka berkata,
“Gadis itu pada mulanya berhenti, kemudian bergegas pergi dekat ibunya walaupun bahaya.”
“Saya menangis setelah mendengar gadis tu menjerit memberi amaran kepada ibunya.”
Sumber: South China Morning Post