Sebuah video yang memaparkan satu entiti seakan terbang di udara telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama razifmutalib7.
Menurut kapsyen yang dimuat naik bersama video itu, kejadian tersebut berlaku di Felda Tenggaroh.
Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa terdapat satu bentuk lembaga yang berpakaian labuh sedang terbang mengelilingi kawasan tersebut.
Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video itu, namun video tersebut telah menjadi tular di media sosial.
@razifmutalib7 lokasi di Felda Tenggaroh dapat tengok rezeki mata,tapi kalau boleh jangan nampak
Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih sejuta kali. Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang juga turut berkongsikan pengalaman seram yang pernah mereka alami sebelum ini.
Sumber: razifmutalib7