Ramai yang terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 melanda di negara kita. Hari demi hari, jumlah kes pesakit positif semakin bertambah sehinggakan mempengaruhi ekonomi negara.
Lebih menyedihkan, nasib orang ramai yang kehilangan kerja terpaksa mencari jalan untuk mendapatkan pendapatan ketika pandemik ini lebih-lebih lagi buat peniaga kecil, mereka lebih merasa terjejas. Sehinggakan mencari altenatif untuk menjual produk mereka.
Meskipun boleh dijual secara atas talian, tetapi akibat kekangan hidup mereka terpaksa memilih jalan untuk berniaga dari rumah ke rumah demi menyara keluarga.
Sama seperti video yang dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai Aiman Hamidon di laman Tiktoknya tentang seorang remaja yang gigih berjalan sekitar taman perumahan bagi menjual produknya.
Semoga dimurahkan rezeki siapa yang meniaga…
“Aku nampak adik ni jalan rumah ke rumah bawa beg biru. Aku rasa dia jual sesuatu tapi tiada orang yang membeli…”
Wajah pemuda yang menjual ini pada awalnya kelihatan lesu namun selepas bertemu dengan Aiman, wajahnya kembali tersenyum kerana Aiman mengajaknya untuk mengambil beberapa keping gambar untuk mempromotkan jualan sambal dagingnya di laman Tiktok.
Posting video ini mendapat lebih 1.8 juta tontonan serta dihujani lebih 10,000 komen yang memuji serta kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pemuda iin. Bukan itu sahaja, pemuda ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada peniaga-peniaga kecil di luar sana.
@aimanhamidon Semoga dimurahkan rezeki siapa yang meniaga 🥰 #ByeByeAcne #youngcreators #viralmalaysiatiktok #photographyguru #Tiktokguru #businesstiktok
Sumber: Aimanhamidon