Siakap Keli
Gambar: Instagram @hijrahdakwah.my

(Video) Ramai Tak Pernah Dengar, Ustaz Ini Alunkan Selawat Dalam Bahasa Jepun

Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW adalah ibadah yang disyariatkan dalam agama Islam.

Selawat selalunya kita dengar dialunkan dalam Bahasa Arab. Tapi ada juga yang menterjemahkannya dalam bahasa lain seperti Melayu, Inggeris dan Indonesia.

Selalu kalau kita tengok terjemahan selawat ni dalam bentuk teks, sekadar untuk memudahkan pendengar memahaminya.

Tapi korang pernah dengar tak selawat selain dalam Bahasa Arab?

Dalam video yang diunggah di akaun Instagram @hijrahdakwah.my ini, seorang ‘ustaz’ dipercayai warga Jepun siap mengalunkan selawat dalam Bahasa Jepun.

Awalnya ustaz tersebut memulakan selawat Mawlaya dengan Bahasa Arab, diikuti dengan bahasa ibundanya. Beberapa jemaah yang berada di hadapannya, dipercayai berbangsa Arab kelihatan kagum bila dengar selawat Mawlaya ni dalam bahasa Jepun.

Mereka tersenyum-senyum bila ustaz ni mengalunkan selawat dalam bahasa Jepun, mungkin sebab tak boleh nak mengikuti selawat ini selain daripada Bahasa Arab. Bila ustaz tersebut kembali selawat dalam Bahasa Arab, para jemaah turut mengikutinya bersama-sama.

Cuba korang dengar selawat Bahasa Jepun ni, lain macam sedap bunyi dia.

 

Sumber: Instagram @hijrahdakwah.my

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.