Siakap Keli

(Video) Sungguh Berbakat, Lelaki Hasilkan Potret Shuib & Arwah Siti Sarah Guna ‘Rubik Cube’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang dikurniakan bakat dan tahap kreativiti yang tersendiri dan ia boleh menjadi sesuatu yang sangat bermakna jika diekspresikan dengan betul.

Khasnya, bila melukis potret, ia akan menjadi satu seni yang sangat istimewa, bukan sahaja untuk pelukis tetapi untuk individu yang dipotretkan juga kerana mungkin mempunyai nilai sentimental yang tersendiri.

Sama seperti potret yang dicipta oleh Zabli Ab Hadi ini yang telah menjadi tular sejak semalam. Pun begitu, dia tidak menggunakan sebarang pensil, berus lukisan atau kanvas kerana potret itu dicipta dengan menggunakan ‘rubik cube’.

Memuatnaik video ke dalam laman Facebook dan TikTok, Zabli mengagumkan orang ramai dengan potret wajah Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu.

Difahamkan, dia telah menggunakan 400 buah ‘rubik cube’ untuk menghasilkan potret tersebut.

Dia juga teruja kerana ini merupakan pertama kali dia menyunting dan memuatnaik video ke laman TikTok.

@abam.takaful

Al Fatihah Buat Almarhumah Siti Sarah #sitisarah

♬ original sound – dekwaaaaaa – dekwaaaaaa

Sehingga kini, videonya itu telah ditonton sebanyak 484 ribu kali di Facebook dan mendapat sebanyak 19 ribu perkongsian.

Menjengah ke ruangan komen di TikTok pula, ramai yang kagum dan memuji bakatnya itu.

Sumber: Zabli Ab Hadi

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.