Sekumpulan rakan sanggup mempertaruhkan nyawa mereka sendiri demi menyelamatkan seekor anak anjing yang terperangkap dalam timbunan sampah sarap di Laut Hitam, Sinop, Turki. Anak anjing itu terperangkap ketika kawasan tersebut dilanda banjir pada 11 Ogos lalu.
Video yang berdurasi 1:37 minit itu merakamkan detik-detik yang mengharukan apabila sekumpulan lelaki membentuk rantaian manusia dengan saling berpegangan tangan di atas sebuah papan. Hal ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana laut tersebut sentiasa berombak dan mereka perlu menyeimbangkan diri.
“Jika tersilap langkah, boleh menyebabkan kita jatuh ke laut dan lemas tetapi kita tetap tidak mahu meninggalkan anak anjing itu sendirian.” cerita Emre Kilicaslan kepada WooGlobe.
Mereka berjaya menyelamatkan anak anjing itu lalu membawanya ke tanah kering. Tidak hanya itu, mereka turut membasuh anak anjing tersebut dengan air bersih dan memberi makan sebelum menyerahkannya ke tempat perlindungan haiwan yang berdekatan.
Friends form a human chain to save a puppy swept away in Turkey flooding pic.twitter.com/rFUxXbMWxq
— The Sun (@TheSun) August 15, 2021
Sumber: Independent